♔ 권 지 용 ♔

Entry About Shout Friends Follow D'Board



  • Hi, Tiqa here ! Annyeong Haseyo :3 Welcome to my bluelyy blog !


owner

Contact Me

credits
12:15 AM | 0 Cloud(s)
Ramadhan Datang Lagi :)

Assalamualaikum :) Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan. Alhamdulillah, kita semua diberikan oleh Allah peluang untuk bertemu dengan mulia pada tahun ini :)

By the way? how's my story? :D I hope u guys like and enjoy reading it. Sambungan? Ada, ada. Wait for it. Dah siap cuma belum post :p okay-okay, esok tiqa post :) Any comment and suggestion? leave it ;)

Assalamualaikum :)
2:52 AM | 0 Cloud(s)
You're My King! ♛ (character)

Hye there! tiqa nak buat cerita baru ni :D As you'll see, tiqa gunakan nama-nama korean. :) Well, cerita ni berlaku di satu tempat di Korea. Here's the character of my new story :)

name: Park Suzy
called: Suzy
Best friend: Kang Misun
Personality: clumsy, pelupa and kuat berangan
age: 16 years young






name: Kwon Ji Yong
called: Ji Yong
Best friend: Kang Mugyeol
Personality: ego, cool, serious and sombong
age: 17 years young



name: Park Misun
called: Misun
Best friend: Park Suzy
Personality: selamba, cool and tegas
age: 16 years young



name: Kang Mugyeol
called: Mugyeol
Best friend: Kwon Jiyong
Personality: Suka melawak and tak pernah nak serious
age: 16 years young



name: Park Seoyon
called: Seoyon
Suzy's lil sister
Personality: love to act cute and manja
age: 3 years young



name: Lee Sunhee
called: Sunhee
Suzy's mother



that's it :)



2:21 AM | 0 Cloud(s)
You're My King ! ♛

"Yang dekat belakang tu! dengar tak apa saya kata?!" Suzy yang sedari tadi asyik mengelamun terkejut beruk sebaik sahaja digertak oleh Cikgu 'Jambul'. 
"err, ye cikgu?"
"apa yang saya terangkan tadi? ulang semula"
"emm.emm."
"berdiri di luar sekarang!"
Perlahan-lahan suzy memulakan langkah bergerak ke luar kelas. "kacau betul. Nak kacau pun time lain lah. haishh." keluh Suzy. Sebaik sahaja berada di luar kelas, dia ternampak dua orang lelaki berpakaian segak yang berkaca mata hitam. "siapa?" bisik Suzy. Dua lelaki itu menuju masuk ke dalam pejabat. "ahh, none of my business. hemm" kata Suzy lagi.

                 kring~kring~kring

"Hehh, amacam? best kena denda?" sindir Misun. "Kalau kau rasa nak makan kasut aku ni, bagitahulah aku" balas Suzy acuh tak acuh. "Alalala, kawan aku merajuk. Just kidding okay. Jangan marah. Alah, lagipun kau kan dah biasa kena denda. Suka sangat berangan" balas Misun. "Yang aku geramnya, tengah part best tu pulak lah cikgu boleh potong line" kata Suzy dengan nada kecewa. "Kau macam baru kenal cikgu tu semalam. By the way, ni list homework harini. Buat tau!" kata Misun sambil menghulurkan kertas merah jambu kecil kepada Suzy. "Thanks"

"Mak, Along dah balik!" jerit Seoyon, adik kecil Suzy. "Kamu dah balik? Tolong mak hantar makanan ni pada Makcik Jjeong" Hatinya pada waktu itu, hanya dia saja yang tahu. Sudahlah didenda di sekolah, balik ke rumah disuruh keuar hantar makanan pula. "Hemm, okay" tapi itu yang keluar dari bibirnya. 
Perlahan tanganya membuka tombol pintu milik biliknya. "hemm." keluh Suzy. Bilik yang sama, katil yang sama, semuanya sama. "Bosannya hidup ni!" jerit hatinya. Selesai menukar uniform sekolah kepada skirt labuh dan t-shirt, dia memulakan perjalanannya ke rumah makcik Jjeong. 

Behati-hati dia berjalan dia atas jalan yang beralaskan tanah itu. Maklumlah, kawasan perumahan orang kelas ke-tiga. 
"Hello, ada orang tak?" teriak Suzy sambil mengetuk pintu rumah makcik Jjeong.
"Oh, kamu rupanya Suzy. Ada apa?" kata makcik Jjeong sebaik sahaja membuka pintu.
"Ini, mak ada berikan sedikit makanan" kata Suzy sambil menghulurkan bekas makanan berwarna hijau.
"Wah, bibimbap!" sambil makcik Jjeong membelek-belek bekas makanan untuk melihat isinya. "terima kasih" sambung makcik Jjeong. "Sama-sama" balas Suzy.

Dia pun berjalan kaki untuk pulang semula ke rumah. Dalam perjalanan, dia ternampak sebuah kereta mewah melintasinya. Hairan Suzy melihatnya. Mana tidaknya, penduduk di kawasan ini semuanya hanya mampu memakai kereta murah sahaja. Malah, ada juga yang hanya memiliki motosikal. "None of my business" bisik Suzy.

Tiba sahaja di rumah, dia terus meluru ke biliknya yang baginya satu-satunya tempat dia menenangkan diri. Terus sahaja dia menghamparkan dirinya di atas katil yang tidak berapa empuk itu. "Ahh, ada homework." Suzy menggapai begnya dan mengluarkan kertas yang diberikan Misun di sekolah tadi. "Maths, English..." satu per satu Suzy membacanya. "Ahh, banyaknya!" jerit Suzy. "Gila punya JAMBUL. haishh." keluhnya. Sebaik sahaja tanganya ingin menulis, dia teringat akan kereta mewah yang dilihatnya tadi. Mulalah kepalanya yang kuat berimaginasi itu menjalankan tugas. Dia berangan lalu tertidur


                                                                         

"Suzy, kamu tak sekolah ke? Kenapa tidur di meja?" kata ibunya sambil menggoncang tubuh kecilnya. 
"saya sekolah"
"habis, bangunlah!"
"okay." balas Suzy pendek.
Sebaik saja ibunya keluar dari biliknya, dia menggapai jam loceng yang terletak tidak jauh darinya.
Alangkah terkejutnya dia. "Dah lambat!" Dia terus ke kamar mandi. Basuh muka, berus gigi dan.."Siap!"
"Saya pergi dulu mak!"...."Oh no! beg. ergh." dia masuk semula ke dalam untuk mengambil begnya.
Satu lagi kejutan baginya pada pagi itu. "HOMEWORK!" 

"15minit. sempat ke ni?" keluh Suzy sambil berlari akibat terlambat. "5,4,3,2 dan 1 ! kamu lambat" teriak pengawas kepada Suzy dan 3 orang pelajar yang lain. "haishh." 



"Baiklah kelas, macamana dengan latihan yang saya beri semalam? sila hantar sekarang." kata cikgu Kang atau nama popularnya 'Cikgu Jambul"
Selaku ketua kelas, Mugyeol bangun untuk mengutip buku dari pelajar. 
"Suzy!" jerit Cikgu Kang.


to be continue